Sunday, September 4, 2011

Perkembangan & For sale.

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, cuti raya pun dah selesai, Syukur pada Allah kerana sentiasa menjaga dan menyelamatkan diri ini dari kekalutan perjalanan di atas jalan raya. Syukur juga kerana umur masih dipanjangkan, sedangkan ada insan-insan telah dijemput mengadap-Nya di musim-musim perayaan ini. Inna LiLlahi wa inna IlaiHi Raaji'uun...(teringat filem seram-komedi kat tv baru ini, sebut Inna liLlah pun dah salah..ape daa..)


Balik sampai Kuala Lumpur, Alhamdulillah arnab pun semuanya ok-ok dan sihat-sihat. Anak-anak ND (Dora) dah genap sebulan. Anak-anak Rex (Olive & Nessie) yang berjumlah 10 ekor dah bukak mata dan dah banyak bulu. Semua gelap-gelap, ada sekor je oren, huhu...Palpate Ev-va, Kembang & Chika, nampaknya macam ketiga-tiganya bunting. Lepas balik Hadyai nanti (pergi sambut pelajar-pelajar Selatan Thai), Ev-va & Kembang akan beranak. Harap semuanya berjalan lancar.


Ini le gambar anak-anak rabbit. Dahulu saya pernah hilang punca sebab arnab asyik mati sahaja bila beranak. Tapi Alhamdulillah, setelah temui kaedah-kaedah yang sesuai, masalah-masalah yang tidak diingini ini dapat dielakkan. 6 kelahiran terkini, survival rate 90% (yang mati waktu lahir belum temui cara lagi untuk elakkan).


Bile nak cuci sangkar nih??? haha...
BOOKED...
3 ikut ibu, 3 ikut bapak...
Itu lah si oren...:)

Terfikir juga soal "keserasian" yang orang kampung sering perkatakan. "Serasi"kah aku dengan arnab nih? Hmm...pada pendapat saya, jangan sampai menjadi pegangan, nanti membawa sesat. Cuma ambil logika sahaja kerana unsur-unsur alam ini memiliki aura tersendiri. Oleh itu, jika aura, maka kitalah yang perlu mempositifkan diri kita sendiri, nescaya unsur-unsur sekeliling kita pun akan turut positif. Jadi, rakan-rakan diluar sana, jangan bimbang soal "serasi". Jom kita usaha, usaha & usahaaaa....(o.o)//
*Apalah yang aku mengarut nih...? haha...

Apepun terima kasih geng-geng di FB atas maklumat-maklumat yang sering dikongsi bersama. Mudah-mudahan kita semua berjaya...aminn~ 

Ini pulak anak-anak ND yang nak di jual...sape berminat SMS ye...tapi kalu lambat jawab SMS tu maknanye saya ada hal la tu...hehe. Add la FB, senang nak tau perkembangan...:)

BOOKED.

Sekian dulu. Maklumat lengkap tentang diorg ni tengok di tepi ye...
Wassalamualaikum...

No comments:

Post a Comment