- Arnab yang dibeli telah dipastikan berada dalam keadaan sihat sewaktu dibeli. Memandangkan keadaan hidup arnab dipengaruhi persekitarannya, maka segala penyakit / kematian yang berlaku selepas dibeli adalah dibawah tanggungjawab pembeli. Kami hanya memberi jaminan bagi masalah kecacatan asal dan genetik yang berpunca dari rabbitry kami sahaja.
- Kami tidak menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit percuma. Kami hanya menyediakan khidmat nasihat percuma sepanjang masa di facebook "Hamdi Yusoff Marhaen Rabbitry".
- Penyakit arnab seperti kurap, hama & kutu adalah adalah perkara biasa bagi arnab. Sekiranya berlaku selepas pembelian, ia adalah tidak disengajakan.
- Sekiranya pembeli ingin memulangkan arnab setelah tidak mahu membelanya lagi, ia bergantung kepada kekosongan sangkar di rabbitry kami beserta syarat-syarat tertentu.
- Urusniaga ini hendaklah berlaku di dalam keadaan redha-meredhai, sebarang ketidakpuasan hati hendaklah diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Panduan ringkas penjagaan arnab:
- Arnab yang berpindah tuan dan suasana berpotensi mengalami “stress” seterusnya diarrhea (cirit) yang boleh mengakibatkan kematian. Anda dinasihatkan untuk memberikan ubat stress & timothy hay.
- Jangan beri makanan manusia kepada arnab anda kecuali buah-buahan dan sayur-sayuran (bersih dari sebarang racun perosak) dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Berikan Timothy Hay kepada arnab anda sebagai penambah selera selain dedak (pellet).
- Sekiranya anda ingin menukar jenama pellet, lakukan dengan beransur-ansur iaitu dengan mencampurkannya bersama pellet asal secara sedikit demi sedikit. Elakkan menukar pellet dengan kerap kerana ada arnab yang akan mogok & tidak mahu makan.
- Tempatkan arnab anda di tempat yang selamat dari sebarang ancaman pemangsa seperti anjing, dan sebarang perkara yang mencemaskan / mengejutkan, contohnya bunyi yang terlalu bising dan lain-lain. Perkara ini juga boleh mengakibatkan stress dan kematian. Tempat yang terdedah kepada suhu panas atau sejuk terbuka juga perlu dielakkan. Begitu juga elakkan arnab anda menghentakkan kakinya dengan kasar dan bengis kerana itu adalah tanda ia berasa terancam.
- Pastikan kebersihan sangkar dengan sanitari yang baik. Makanan atau minuman yang bercampur dengan air kencing arnab boleh menyebabkan sakit dan kematian.
- Jangan mandikan arnab anda. Kesejukan boleh mengakibatkan kecacatan atau kematian. Sekiranya bulu arnab anda kotor, sapukan Hydrogen Peroxide (boleh didapati dari farmasi), nescaya bulu berkenaan akan mengeras dan gugur.
- Najis arnab perlu dipantau setiap hari. Sekiranya didapati cirit dan berbau busuk, sila lakukan perkara di bawah dengan segera: a) Keluarkan semua makanan, gantikan dengan Timothy Hay sahaja. b) Keluarkan air, gantikan dengan ORS. Ukuran ORS adalah 1 cawan air, 2 sudu teh gula dan ¼ sudu teh garam. Sekiranya ia sudah tidak mampu minum sendiri, suapkan dengan berhati-hati ORS sebanyak 2ml menggunakan syringe selang beberapa jam. c) Semburkan air ke dubur arnab supaya bersih. d) Daun jambu batu, daun pisang atau yakult boleh diberi sebagai ubat. e) Apabila telah sembuh, pellet hendaklah diberi sedikit demi sedikit bagi menggantikan Timothy Hay.
- Sekiranya arnab-arnab anda diserang kurap atau hama, hendaklah diubati dengan ivermectin suntikan atau oral (suap). Rawatan tradisional dengan menyapukan minyak pada kurap juga boleh dilakukan kerana kutu alah pada minyak.
- Asingkan arnab anda apabila mereka telah dewasa (3 atau 4 bulan dan ke atas) bagi mengelakkan pergaduhan.
- Sediakan sepotong kayu lembut di dalam sangkar bagi membolehkan arnab anda mengasah gigi-giginya.
- Potong kuku arnab anda apabila telah panjang. Potong di tempat cerah supaya boleh nampak takat kuku mati & hidup. Sekiranya arnab anda tidak mahu berdiam, anda boleh lunjurkan kaki dan kepit arnab anda secara menelentang di celah paha anda.
- Berikan makanan berserat tinggi bagi mengelakkan sindrom makan bulu. Boleh letakkan sabut sebagai alternatif.
- Pastikan lantai sangkar dilapik sama ada dengan plastik atau buluh. Sekiranya arnab terkena sore-hock, ia sangat sukar diubati.
- Sediakan makanan, minuman, ubat-ubatan & vitamin yang mencukupi kepada arnab anda kerana ia adalah tanggungjawab anda. Penganiayaan terhadap haiwan adalah satu dosa yang sangat besar. Terima kasih.
Sekian, terima kasih.
@ Marhaen Rabbitry, Sungkai, Perak. Tel.: 013-6696748 (En. Hamdi).