Sunday, September 25, 2011

Keputusan Terakhir, Jual Semua Dalam Masa 2 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.
Atas pelbagai sebab yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa mengecilkan rabbitry kami. Setelah pelbagai cara difikir akhirnya keputusan akhir terpaksa dibuat. Rabbitry belakang rumah terpaksa ditutup, bela dalam rumah sahaja.
Disebabkan bela dalam rumah sahaja, tak banyak sangkar muat. Arnab besar-besar tak dapat dibela. Maka kami akan bela baka mini rex & ND sahaja. Induk-induk yang ada semuanya akan dijual peringkat demi peringkat kerana kebanyakannya masih menyusukan anak.

SEMUA INDUK & ANAK-ANAK AKAN DIKOSONGKAN.

(kecuali Diego & Dora)

1) Sepasang induk Standard Rex (sedang dibuka untuk jualan)
2) Sepasang anak ND (sedang dibuka untuk jualan)

3) Seekor Pedaging Chinchilla Betina 4 bulan lebih (sedang dibuka untuk jualan)
4) Dua pasang anak ND (sedang dibuka untuk jualan)
5) Sepasang induk HL (Dibuka untuk jualan pertengahan Oktober)

6) Seekor induk HL betina (dibuka untuk jualan hujung Oktober)
7) 10 ekor anak Standard Rex + Mini Rex (Dibuka untuk jualan hujung Oktober)
8) 7 ekor anak ND (dibuka untuk jualan pertengahan November)

9) 4 ekor anak HL (dibuka untuk jualan pertengahan November)
10) 3 ekor anak HL (dibuka untuk jualan hujung November)

Kami menyediakan maklumat lengkap tentang arnab yang hendak dijual. Jika ada masalah, kami akan beritahu. Kepada yang berminat untuk bertanya maklumat arnab, membeli atau masuk list bolehlah menghubungi kami di 013-6696748. TQ.

Wednesday, September 21, 2011

Arnab Untuk Dimiliki

Assalamualaikum w.b.t.
Berikut adalah arnab yang ingin dijual. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 013-6696748 (hamdi) atau FB "hamdi arnabMarhaen". Terima kasih.

ND for sale (no pedigree)...Michael x Kembang...
Sepasang RM270.00...
Betina shj (putih) RM150.00...
Jantan shj (kelabu) RM130.00...
DOB: 24 Jun 2011...
Rex for sale...
Penampilan sama seperti mini rex (kepala kecik, bulu rapat)...
Berat 2.1kg...Jantan Terbukti...RM300.00...
Umur: 7 bulan lebih...
Standard Rex for sale...
Jantan Terbukti...RM280.00...
Umur: 7 bulan lebih...
Pedaging Chinchilla for sale...
Doe...Umo 4 bulan...rm150.00...
*Tiada penghantaran kecuali area berdekatan Bandar Menjalara, Kepong KL sahaja. TQ.

Monday, September 12, 2011

Kisah 9 Sept 2011

Assalamualaikum w.b.t.
Posting lepas, kami ada cerita kes kematian waktu lahir yang masih belum kami temui cara untuk atasinya, Alhamdulillah pada 9 September 2011 Allah tunjukkan caranya.
Jam 7:30 petang, azan Maghrib pun dah berkumandang, sebelum ke surau berjemaah bersama budak-budak, jengok le Kembang (ND)...rupa-rupanya tengah beranak. Ada 2 ekor dah bersih dijilat. Tengok keadaan macam tu, macam takde masalah, jadi kami tinggalkan jelah.
Jam 7:45 kembali dari surau, jenguk sekali lagi Kembang. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 ekor...2 ekor dah lembik kejang atas lantai. Uri bertaburan, ada yang masih basah tidak berjilat. Nampaknya anak terlalu banyak, sehinggakan dia tak mampu nak jalankan tugas keibuan die dah. Dengan agak frust, kami pun angkatla sekor yang dah mati tu, rupanya uri menutup muka, lemas le rupenye. Kami pun tarik uri tu...mulut pucat...siannn dah mati...yang sekor lagi pun mcm tu jugak...
TIBA-TIBA tanpa diduga dia tarik nafas...ape lagi, menggelabah biawak le kami...terus letak yang tu, amik sekor lagi yang dah "mati", buat benda yang sama, yang tu pun bernafas jugak, tapi lemah sangat. Yang pertama agak cepat recover, yang ke-2 nazak sangat dah...cepat-cepat buka mulut dia, bagi ade ruang bernafas, dan doa...Alhamdulillah, makin lama makin kerap tarik nafas.....dannnn akhirnya cergas...ALHAMDULILLAH...!!!
Jadi caranya, kena pantau jelah diorg tu selalu time nak beranak.


Diego x Kembang
Yang paling kecik kat tengah tu entahla...
Sementara itu Ev-va (HL) juga beranak 5 ekor pada 9 Sept 2011. Kelahiran ini turut membuktikan kesuburan Wall-e yang ada satu saje testis tu. Kesemua 5 ekor tu; 3 ekor cukup sihat, 1 ekor cedera masa lahir (sampai kudung), & sekor peanut (tunggu masa je nak pergi xkembali tu...kesiannn~).

Wall-e x Ev-va. Macam lawa je kaler diorg nih...:)
Macam gangren. Kesiannn~ Rasanya ibu dia tergigit time nak gigit uri.
Sekian dulu. Wassalam.

Sunday, September 4, 2011

Perkembangan & For sale.

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, cuti raya pun dah selesai, Syukur pada Allah kerana sentiasa menjaga dan menyelamatkan diri ini dari kekalutan perjalanan di atas jalan raya. Syukur juga kerana umur masih dipanjangkan, sedangkan ada insan-insan telah dijemput mengadap-Nya di musim-musim perayaan ini. Inna LiLlahi wa inna IlaiHi Raaji'uun...(teringat filem seram-komedi kat tv baru ini, sebut Inna liLlah pun dah salah..ape daa..)


Balik sampai Kuala Lumpur, Alhamdulillah arnab pun semuanya ok-ok dan sihat-sihat. Anak-anak ND (Dora) dah genap sebulan. Anak-anak Rex (Olive & Nessie) yang berjumlah 10 ekor dah bukak mata dan dah banyak bulu. Semua gelap-gelap, ada sekor je oren, huhu...Palpate Ev-va, Kembang & Chika, nampaknya macam ketiga-tiganya bunting. Lepas balik Hadyai nanti (pergi sambut pelajar-pelajar Selatan Thai), Ev-va & Kembang akan beranak. Harap semuanya berjalan lancar.


Ini le gambar anak-anak rabbit. Dahulu saya pernah hilang punca sebab arnab asyik mati sahaja bila beranak. Tapi Alhamdulillah, setelah temui kaedah-kaedah yang sesuai, masalah-masalah yang tidak diingini ini dapat dielakkan. 6 kelahiran terkini, survival rate 90% (yang mati waktu lahir belum temui cara lagi untuk elakkan).


Bile nak cuci sangkar nih??? haha...
BOOKED...
3 ikut ibu, 3 ikut bapak...
Itu lah si oren...:)

Terfikir juga soal "keserasian" yang orang kampung sering perkatakan. "Serasi"kah aku dengan arnab nih? Hmm...pada pendapat saya, jangan sampai menjadi pegangan, nanti membawa sesat. Cuma ambil logika sahaja kerana unsur-unsur alam ini memiliki aura tersendiri. Oleh itu, jika aura, maka kitalah yang perlu mempositifkan diri kita sendiri, nescaya unsur-unsur sekeliling kita pun akan turut positif. Jadi, rakan-rakan diluar sana, jangan bimbang soal "serasi". Jom kita usaha, usaha & usahaaaa....(o.o)//
*Apalah yang aku mengarut nih...? haha...

Apepun terima kasih geng-geng di FB atas maklumat-maklumat yang sering dikongsi bersama. Mudah-mudahan kita semua berjaya...aminn~ 

Ini pulak anak-anak ND yang nak di jual...sape berminat SMS ye...tapi kalu lambat jawab SMS tu maknanye saya ada hal la tu...hehe. Add la FB, senang nak tau perkembangan...:)

BOOKED.

Sekian dulu. Maklumat lengkap tentang diorg ni tengok di tepi ye...
Wassalamualaikum...