Sunday, December 26, 2010

Usah Tertipu Teknik Fotografi

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini kami ingin berkongsi dengan peminat2 baru arnab seperti kami berkenaan satu perasaan yg kami pernah rasa sewaktu mula2 membeli arnab, dan mungkin juga sekarang ini kami masih lagi merasainya. Perasaan trsebut adalah kami merasa tak berpuas hati dgn keadaan fizikal sebenar arnab yg kami beli dengan gambar2 di internet. Perasaan tidak puas hati ini mmbuatkan kami rasa spt ingin melaburkan lebih banyak wang untuk membeli arnab yang lebih mahal atau yg berpedigree.

Sebenarnya ini adalah satu perasaan, dan mungkin "kegilaan" yang sangat tidak baik. Ini adalah satu perkara berisiko yang mungkin boleh menggagalkan penternak yang baru mula belajar "merangkak" dlm membiakbaka arnab seperti kami. Mujur, kami menyedari perkara tersebut lebih awal...

Bagi mengawal kegilaan ini, satu perkara harus disedari iaitu, segala2nya adalah "teknik fotografi" dan kebolehan rabbit berposing. Setiap jenis arnab mempunyai angle yg "membunuh" untuk diambil gambar, dan prkara ini harus disedari oleh peminat2 baru arnab spt kami...

Angle tak cantik, sebab tu ND ni nampak biasa je...

Yang ni pulak. Siapa tak "gila" kalau tengok gambar ni kan.
Kita akan kate, "Arnab ape ni? biase je..."
Camne dgn gambar ni? hehe...:)

Arnab yang berkualiti show sememangnya mampu menawan hati setiap penggemar arnab, namun dari sudut lain, ia juga adalah seekor arnab seperti arnab kita sahaja... Arnab kita yang "cikai" ini pun, kalau kena kaedah fotografinya dan tekun menekan punat camera, akan memuaskan hati kita juga...kalu xpuas ati jugak, belajarla photoshop...;]

Justeru sayangilah arnab kita seadanya...nanti poket dah besar, pengalaman dah banyak, barulah beli yang "komfem puas ati"...:)

*ini pendapat kami yg baru belajar "merangkak" ni sahaja, kemungkinan salah tu banyak, kemungkinan betul tu sikit je...
Terima kasih. Wassalam...
*mcm diskusi ilmiah plak kali ni...hehe...

2 comments: