Friday, May 18, 2012

Mini Rex Available Lagi.

Assalamualaikum w.b.t.
Ada dua pasang mini rex masih available. Betina warna castor berumur 3 bulan. Jantan warna tort berumur 4.5 bulan. Harga istimewa iaitu RM280 sepasang.
SMS: 013-6696748 (hamdi), area Sungkai Perak...tq


Monday, February 6, 2012

Nak Jual Semua Pedaging

Assalamualaikum w.b.t.
Asalnya induk ada trio, tapi sekor monyok baru-baru ni lepas beranak. So, dari rugi xdapat apa, ambik keputusan sembelih, alhamdulillah 2 hari makan arnab...:) Jadi dah tinggal sepasang induk. Terpaksa jual bagi memberi laluan kepada anak-anak arnab baka lain yang sedang membesar.

Baka: Hybrid NZW & Chinchilla
1) Sepasang induk bersama 5 anak susuan berusia 3 minggu (RM380) *booked

2) 2 betina berusia 3 bulan lebih (RM100)
3) 2 ekor betina usia 1 bulan lebih (RM60)
*kalau nak ambik semua, boleh bincang.


Anak ketika usia 2 bulan setengah.

Terima kasih.
Marhaen Rabbitry, Sungkai, Perak. Tel.: 013-6696748 (En. Hamdi).

Sunday, January 29, 2012

Lokasi Baru.

Assalamualaikum w.b.t.
Lama jugak tak mengemaskini blog. Alhamdulillah pagi ini berkesempatan. Macam-macam kejadian yang jadi, tapi tak dapat diceritakan semuanya disini. Jadi, kawan-kawan add-lah FB saya dan group FB "RABBIT KU MY ARNAB", di sana lebih meriah dan terkini. Cerita-cerita kami, antaranya kematian 2 ekor ND pedigree, pindah ke Sungkai Perak, rabbitry baru etc etc...
Justeru lokasi Marhaen Rabbitry sekarang adalah Sungkai Perak (3km dari exit PLUS Sungkai), 80km dari Ipoh, lebih kurang 150km dari Kuala Lumpur. Sungkai terkenal dengan taman rekreasi air Sungai Klah. Jadi, sesiapa yang lalu, jemputlah singgah. Tapi maklumkan awal, saya mengajar di Tapah (30km dari Sungkai), kadang-kadang dok bertapa kat sekolah, hehe...
Lokasi baru kampung tersusun yang tengah membangun. Tanah-tanah lot kosong masih berselerak, rumah jarang-jarang dan besar-besar macam banglo (rumah orang lain, bukan rumah saya), menggalakkan kes pecah rumah di sana sini (itu yg risau...), tapi masih damai. Kokokan ayam hutan dan bunyi burung ruak-ruak bersahutan pagi dan petang (geramm jer...)...:)
Ok dulu.
Wassalam...:)

Kelahiran 1: Mini Rex
DOB: 5 Januari 2012
Sire Himalayan, Dam Tortoise Shell
 
Kelahiran 2: Netherland Dwarf
DOB: 23 Januari 2012
Sire Blue, Dam Sable Mart
en

Tuesday, November 29, 2011

ND Last Stock....

Assalamualaikum w.b.t. 
Semua arnab lain telah dijual, yang tinggal hanyalah 4 ekor Netherland Dwarf (no pedigree) sahaja...Ni stok terakhir sebelum pindah ke Perak. Di Perak, macam start rabbitry baru. Semua induk telah dijual, start balik dari kecik...banyak benda baru kena bina semula...
Jadi sesiapa berminat, silalah sms/call: 013-6696748....tq


Induk 1 tahun lebih. Dah beranak 3 kali...RM230 (nego.)
*anak dah dibooked...
Doe. RM150 (tetap.)
Doe. RM150 (nego).
*jual dgn pasangan di bawah...
Buck. RM150 (tetap).
*kalau ambik dengan pasangan di atas, RM250 sepasang...

Monday, November 7, 2011

Jualan Terkini...

Assalamualaikum w.b.t.
Ini adalah jualan semasa yang ada.


1) Lop ear 3 ekor. Bapak HL smoke white (no pedigree) ibu Lop Ear solid black. Tarikh lahir 9 Sept 2011.

Betina. RM120 (nego.)
Betina. RM150.00 (nego.)
SOLD!

2) ND jantan VM black (no pedigree). Bapak Black Otter, ibu REW. Tarikh lahir 9 Sept 2011

RM100.00

3) Sepasang ND (no pedigree). Jantan Chestnut (Bapak Black Otter, ibu Orange, lahir pd 3 Ogos 2011). Betina VM Black Otter (Bapak Black Otter, ibu REW, lahir pd 9 Sept 2011)


RM270.00 sepasang

Sesiapa yang berminat bolehlah sms/call: 013-6696748 (hamdi). Harga semuanya masih tertakluk kepada negosiasi.
Area: Kepong KL dan persekitarannya, Bidor Perak dan persekitarannya & sepanjang highway PLUS antara Sg. Buloh ke Bidor.
*Kami juga boleh membuat penghantaran ke kawasan berdekatan (ikut kelapangan masa) dengan percuma atau sedikit bayaran tambahan.

Sekian. Terima kasih dari Marhaen Rabbitry.

Tuesday, October 25, 2011

Jualan lagi...

Assalamualaikum w.b.t.
Ini yang nak dijual buat masa ini...:)

1) Nak stop Standard Rex. Induk jantan dah jual, tinggal betina shj. Proven, beranak pada 23 Ogos 2011. Belum dikahwinkan lagi selepas beranak. InsyaAllah boleh beranak banyak kali lagi sebab baru berumur 9 bulan.



SOLD...tq

2) Anak-anak Rex (cross mini & standard) masih available 2 pasang. Ciri ikut mini rex, warna castor datang dari warna ibu (Vienna Marked Castor) dan bapak (Himalayan, Castor Carrier). Lawa abess...:)

RM270.00 (nego.). Bukan adik beradik seibu sebapa.
RM270.00 (nego.). Bukan adik beradik seibu sebapa...

3) Macam biasa, Chinchilla doe dan ND buck. hehe...

SOLD...tq
ND Buck No Pedigree. RM150. 2 months 3 weeks.
Sire: Black Otter. Dam: Orange

Cepat cepat...sangkar dah punuh...:) Induk yang dijual semuanya tiada masalah. Ia adalah koleksi sendiri yang terpaksa dijual kerana mengubah perancangan & sangkar pun dah penuh...:) 

Sesiapa yang berminat bolehlah sms/call: 013-6696748 (hamdi)
Area: Kepong KL dan persekitarannya, Bidor Perak dan persekitarannya & sepanjang highway PLUS antara Sg. Buloh ke Bidor.
*Kami juga boleh membuat penghantaran ke kawasan berdekatan (ikut kelapangan masa) dengan percuma atau sedikit bayaran tambahan.


Sekian. Terima kasih.

Saturday, October 15, 2011

Rex Untuk Dijual

Assalamualaikum w.b.t.
Anak-anak rex semuanya 7 betina dan 3 jantan. Tapi 4 ekor betina telah ditempah. Yang tinggal hanyalah 3 betina dan 3 jantan, semuanya akan dijual berpasangan (telah diset bukan adik beradik).

Pasangan 1
Baka: Rex (Standard x Mini)
Usia 8 minggu, atas jantan bawah betina...
Pasangan 2
Baka: Rex (Standard x Mini)
Usia 8 minggu, atas jantan bawah betina...
Pasangan 3
Baka: Rex (Standard x Mini)
Usia 8 minggu, atas jantan bawah betina...
Sesiapa yang berminat bolehlah sms/call: 013-6696748 (hamdi)
Area: Kepong KL dan persekitarannya, Bidor Perak dan persekitarannya & sepanjang highway PLUS antara Sg. Buloh ke Bidor.
*Kami juga boleh membuat penghantaran ke kawasan berdekatan (ikut kelapangan masa) dengan percuma atau sedikit bayaran tambahan.

Sekian terima kasih.

Wednesday, October 5, 2011

Sape Nak Rex?

Assalamualaikum w.b.t.
Ketika posting ini ditulis aku sedang berkursus di Allson Hotel, Nilai. Kursus Membina Silibus Pendidikan Al-Qur'an & As-Sunnah untuk tahun 2017. Jadi, masa terluang yang ada ni, bebas dari kesibukan tugas2 di sekolah, bebas dari melayan kerenah budak2, sempatlah jugak mengemaskini blog.

Pertamanya Iklan. Siapa nak masuk list untuk anak-anak rex (Standard Rex cross Mini Rex)? Ada dua kelahiran. 6 ekor lahir pada 20 Ogos 2011 (Kacang x Olive) & 4 ekor lahir pada 23 Ogos 2011 (Popeye x Nessie). Gambar semua akan dimasukkan bila cukup bulan nanti.



Ini salah sekornye...:)
Paling lawa...

Keduanya nak bagitau Kembang dah mati tanpa diketahui puncanya. Tiba-tiba je mengeras dalam sangkar. Kesedihan melanda. Kesian anak-anaknya 7 ekor yang tengah menyusu. Ada yang terpaksa jadi anak angkat, ada yang bagi kat breeder lain. Mak angkat diorg Chika, walaupun bagi jugak susu, tapi ada time dia marah & menggigit... Mungkin dia rimas sebab ntah anak sape-sape... Kesian terjerit-jerit anak tu. Ada yang dah berparut. Harap mereka bertahan sampai 15 Oktober, dah boleh asingkan dah.

Seterusnya jualan arnab nampaknya berjalan lancar. Cuma arnab jantan kelihatan sedikit sedih kerana permintaan yang kurang. Begitulah nasib si arnab jantan.


Arnab yang masih dalam jualan dipaparkan di bahagian tepi blog.


Sekian terima kasih.

Sunday, September 25, 2011

Keputusan Terakhir, Jual Semua Dalam Masa 2 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.
Atas pelbagai sebab yang tak dapat dielakkan, kami terpaksa mengecilkan rabbitry kami. Setelah pelbagai cara difikir akhirnya keputusan akhir terpaksa dibuat. Rabbitry belakang rumah terpaksa ditutup, bela dalam rumah sahaja.
Disebabkan bela dalam rumah sahaja, tak banyak sangkar muat. Arnab besar-besar tak dapat dibela. Maka kami akan bela baka mini rex & ND sahaja. Induk-induk yang ada semuanya akan dijual peringkat demi peringkat kerana kebanyakannya masih menyusukan anak.

SEMUA INDUK & ANAK-ANAK AKAN DIKOSONGKAN.

(kecuali Diego & Dora)

1) Sepasang induk Standard Rex (sedang dibuka untuk jualan)
2) Sepasang anak ND (sedang dibuka untuk jualan)

3) Seekor Pedaging Chinchilla Betina 4 bulan lebih (sedang dibuka untuk jualan)
4) Dua pasang anak ND (sedang dibuka untuk jualan)
5) Sepasang induk HL (Dibuka untuk jualan pertengahan Oktober)

6) Seekor induk HL betina (dibuka untuk jualan hujung Oktober)
7) 10 ekor anak Standard Rex + Mini Rex (Dibuka untuk jualan hujung Oktober)
8) 7 ekor anak ND (dibuka untuk jualan pertengahan November)

9) 4 ekor anak HL (dibuka untuk jualan pertengahan November)
10) 3 ekor anak HL (dibuka untuk jualan hujung November)

Kami menyediakan maklumat lengkap tentang arnab yang hendak dijual. Jika ada masalah, kami akan beritahu. Kepada yang berminat untuk bertanya maklumat arnab, membeli atau masuk list bolehlah menghubungi kami di 013-6696748. TQ.