Ketika posting ini ditulis aku sedang berkursus di Allson Hotel, Nilai. Kursus Membina Silibus Pendidikan Al-Qur'an & As-Sunnah untuk tahun 2017. Jadi, masa terluang yang ada ni, bebas dari kesibukan tugas2 di sekolah, bebas dari melayan kerenah budak2, sempatlah jugak mengemaskini blog.
Pertamanya Iklan. Siapa nak masuk list untuk anak-anak rex (Standard Rex cross Mini Rex)? Ada dua kelahiran. 6 ekor lahir pada 20 Ogos 2011 (Kacang x Olive) & 4 ekor lahir pada 23 Ogos 2011 (Popeye x Nessie). Gambar semua akan dimasukkan bila cukup bulan nanti.
Ini salah sekornye...:) |
Paling lawa... |
Keduanya nak bagitau Kembang dah mati tanpa diketahui puncanya. Tiba-tiba je mengeras dalam sangkar. Kesedihan melanda. Kesian anak-anaknya 7 ekor yang tengah menyusu. Ada yang terpaksa jadi anak angkat, ada yang bagi kat breeder lain. Mak angkat diorg Chika, walaupun bagi jugak susu, tapi ada time dia marah & menggigit... Mungkin dia rimas sebab ntah anak sape-sape... Kesian terjerit-jerit anak tu. Ada yang dah berparut. Harap mereka bertahan sampai 15 Oktober, dah boleh asingkan dah.
Seterusnya jualan arnab nampaknya berjalan lancar. Cuma arnab jantan kelihatan sedikit sedih kerana permintaan yang kurang. Begitulah nasib si arnab jantan.
Arnab yang masih dalam jualan dipaparkan di bahagian tepi blog.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment