Sunday, August 28, 2011

Aktiviti Waktu Cuti.


Surat beranak ini sengaja didesain warna warni demi kepuasan pembeli. Saya tidak akan mencetaknya kerana melibatkan kos yang tinggi. Saya akan hanya memberikan softcopy atas permintaan sahaja. TQ. Lagi satu, arnab ni memang available.....hehe

Thursday, August 25, 2011

Rex Menjelang Raya...Alhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t.
Setelah lama tunggu, akhirnya rex beranak jugak. Sekali dua-dua ibu beranak. Syukur Alhamdulillah. Bawah ni lah gambar diorang.


DOB: 20 Ogos 2011. Ibu: Olive. Bapa: Kacang
DOB: 23 Ogos 2011. Ibu: Nessie. Bapak: Popeye
 

Thursday, August 4, 2011

Deretan ND.

Assalamualaikum w.b.t.
Inilah deretan ND saya. Ada yang hendak dijual, ada yang masih belum cukup umur. Maklumat lanjut sila lihat tepi ya...
SOLD!!!
Available...
Open for Sale. Putih betina, kelabu jantan...kualiti biasa saje...
Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
*tunggu HL beranak, dah lepas due, risau pulak...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat menyambut ramadhan dan selamat beribadah semua...moga diterima oleh-Nya...aminn~

Thursday, July 21, 2011

Buku Rekod Mengarnab

Assalamualaikum w.b.t.
Ada apa dengan buku di atas ni?
Inilah buku rekod saya. Walaupun dah nak termuntah buat buku rekod di sekolah, tapi buku rekod ini tetap saya tak jemu menulisnya.
Kandungan buku ini:
1) Maklumat setiap arnab. (Antara maklumat yang ada: Tarikh beli, beli dari siapa dan no. telefon, lokasi tempat beli, umur masa beli, tarikh matang, tarikh dikahwinkan, tarikh beranak dan jumlah anak, tarikh sakit, tarikh bagi ubat kurap, tarikh mati, tarikh jual, dll.)
2) Rekod keluar masuk duit. Untuk tahu kos dan pulangan.
3) Rekod ubat-ubatan dan petua-petua berkesan yang dipilih dari internet.
4) Rekod nombor-nombor telefon penting (termasuk nombor culprit yang buat hal).
5) Tak pasti la di masa depan apa lagi yang akan ditulis.

Jadi, dengan buku rekod ini, sape beli arnab dari arnabMarhaen, korg tanyelah pape, kalu ade rekod, kami jawab mudah macam makan kacang jer, hehe...
Ok dahulu, wassalam...:)

Sunday, July 3, 2011

Siapa Nak Menyumbang, Berzakat Atau Akikah?

Assalamualaikum w.b.t.
InsyaAllah SMK Agama Kuala Lumpur akan melangsungkan Program Amali Sembelihan lagi tahun ini, pada 16 Julai 2011. Justeru jika ada insan-insan budiman dan pemurah yang hendak memberikan sumbangan berupa binatang sembelihan atau sumbangan kewangan bolehlah berbuat demikian kepada pihak kami bagi memeriahkan lagi program kami ini. Kami menawarkan pakej aqiqah, dan kami menerima sumbangan berupa zakat (asnaf fi sabilillah) dan juga sumbangan ikhlas semua pihak.
Berikut gambar-gambar tahun lepas...:)

Cikgu Mad memulakan aksi...
Saya pulak...
Hasilnya...mandi darah diorg nih...
Spesies seterusnya...
Murid perempuan sembelih puyuh...
Hasilnya bergelimpangan tanpa pakaian...
Cikgu Hasby pun beraksi...
Selesai...mati dalam iman...
*(sape ade arnab pencen pun boleh sumbang ke sini..hehe)
Sifu saya Ust Abdoh paling banyak beraksi...
Selesai jugak spesies susah mati nih...
Sifu saya sembelih kambing biri-biri...
Besar gile...
Saya pulak sembelih kambing Boer sumbangan UM...fuhh~
Sembelihan yang berjaya...
Ust Sani sembelih kambing boer sumbangan UM...
Inilah sebahagian kemeriahan program tahun lepas hasil sumbangan orang ramai. Diharap program tahun ini lebih meriah. Mana-mana pihak yang ingin menyumbang sama ada orang perseorangan atau syarikat bolehlah berbuat demikian melalui cara-cara di bawah:

1) Jika binatang sembelihan, sila hantar ke SMK Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara Kepong pada petang / malam Jumaat (15 Julai 2011).
2) Jika cek, sila buat atas nama Surau Sek Men Agama KL.
3) Jika duit, sila masukkan ke akaun Surau Sek Men Agama KL di Bank Muamalat (no. akaun: 1205-0002001-71-0). Kemudian sila SMS maklumat sumbangan ke 013-6696748.

Kami juga sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin melaksanakan aqiqah  melalui program ini. Memandangkan ini adalah program pengajaran & pembelajaran, maka segala adab-adab aqiqah akan dipraktikkan untuk ditunjukcara kepada murid-murid. Pakej aqiqah adalah kambing (RM700 seekor termasuk kos memasak).

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya En. Mohd Hamdi bin Mohamad Yusoff (Guru SMKAKL) di nombor telefon 013-6696748.
Sekian. Wassalam.

Sunday, June 26, 2011

3 Pasang. Siapa nak beli?

Assalamualaikum w.b.t.

Berikut stok terakhir untuk bulan ini...bulan depan pun mcm ade sekor je stok...kecil2an saje, hehe...

1) Sepasang ND (Michael vs. Kembang)
RM280.00 (nego.) Dijual sepasang.
Ibu: Kembang, Bapa: Michael (sila lihat tepi)
DOB: 5 April 2011
Betina...
Jantan...Saiz kecik sedikit berbanding betina...

2) Dua pasang arnab kacuk (Jamil vs. Arnab Putih)...ini stok terakhir arnab kacuk sebelum diganti sepenuhnya dgn pedaging Chinchilla...
SOLD!!!
Pasangan 1... RM70.00...dijual sepasang...
DOB: 28 April 2011

Jantan...
Betina...
SOLD!!!
Pasangan 2...RM70.00...dijual sepasang...
DOB: 28 April 2011
Jantan...
Betina...suka menjerit...seramm~
Sebagai panduan, ini ibu diorg. SOLD!!!. Bapak diorg Jamil, sila lihat tepi...

Call/SMS: 013-6696748 (Hamdi)
Tiada penghantaran, jumpa di area berdekatan Menjalara Kepong sahaja.
Sekian terima kasih.

Saturday, June 18, 2011

Keseronokan Bertambah...:)

Assalamualaikum w.b.t.
Setelah penat membesarkan diorg, akhirnya diorg dah belajar beranak...Alhamdulillah...

Anak Dora & Diego, 13 hari...

Monday, May 30, 2011

Iklan Peringkat Pertama...

Ini adalah iklan peringkat pertama sebelum diiklan di mudah...

Assalamualaikum w.b.t.
Di bawah ini adalah arnab-arnab yang hendak dijual (dengan penuh kasih sayang terhadap arnab). Jadi, pembeli yang serius dan menyayangi arnab, silalah risik arnab-arnab di bawah...:)

1) Anak Netherland Dwarf
SOLD!!!
ND, Doe, Umur hampir 2 bulan (D.O.B.: 5 April 2011)
Anak Michael & Kembang (lihat tepi)
*telinga tu time kecik mmg camtu..ramalkan, tgk mak dan bapak...

2) Seekor Angora Mix Matang
Dah kena jual..huhu...
Angora Mix, Doe, Umur 5 bulan, beli dari org.

3) Seekor arnab kacukan matang
Dah kena jual jugak...
Arnab Kacuk, Proven Doe, Umur 8 bulan. Beli dari petshop
(dibela sejak kecil oleh kami bermula 15 Oktober 2010)
*Baru beranak sekali. Sudah boleh dikahwinkan semula.
*Ibu yg sgt cemerlang. Yang ni tiada jaminan sbb ikut cara tuan2 bela jugak.

4) Seekor Netherland Dwarf Matang. Diego akan menjadi pejantan kami. Michael akan dilepaskan untuk menyumbang benih di tempat lain pulak. Rabbitry kecil kami tak mampu menampung jantan banyak-banyak..:)
Jual kpd Cikgu Munir...tq
ND, Proven Buck, Umur xpasti, mgkin 1 tahun lebih
(dibela oleh kami bermula 9 Disember 2010)
*telah banyak kali membuntingkan induk-induk betina kami.

Cara pembelian:
-sila SMS/call ke 013-6696748 (En. Hamdi).

-better SMS sebab time korang call tu ade saje urusan kami yang sibuk ni...:)
-untuk belian, sila datang area berdekatan Bandar Menjalara, Kepong, kita jumpe dkat2 situ.
-waktu urusniaga, Sabtu Ahad anytime, Isnin hingga Jumaat malam je...cuti umum anytime...

-tiada penghantaran kecuali kawasan berdekatan kepada pembeli yg betul2 diyakini...
-tiada lawatan rabbitry.

-sebelum beli tu, sila baca dulu post yang bertajuk RESIT...?!
-Terima Kasih.

Wednesday, May 25, 2011

Resit...?!

Assalamualaikum....
Sebagai menyatakan komitmen dan tanggungjawab kami, maka kami pun merangka resit ini...(tertakluk kepada perubahan, mengikut komen org ramai...:))

Sila beri komen membina...TQ...:)
*kalu tak nampak. sila baca kat bawah ni...

Syarat-syarat (sila baca dengan teliti sebelum bayaran dibuat):
1)    Arnab yang dijual berada dalam jaminan selama 1 bulan sahaja dari tarikh belian bagi masalah  luar jangkaan yang biasa berlaku seperti kecacatan asal, masalah gigi dan seumpamanya.
2)    Arnab yang dibeli telah dipastikan berada dalam keadaan sihat sewaktu dibeli. Memandangkan keadaan hidup arnab dipengaruhi persekitarannya, maka segala penyakit / kematian yang berlaku selepas dibeli adalah dibawah tanggungjawab pembeli.
3)    Khidmat nasihat selepas pembelian disediakan sepanjang masa di facebook (Hamdi ArnabMarhaen).
4)    Sekiranya pembeli sudah tidak mampu / tidak mahu menjaga arnab ini lagi, pembeli boleh memulangkannya kembali kepada kami dengan dibayar sebanyak ½ harga dari harga belian (bagi arnab yang sihat dan sempurna) dan tanpa bayaran bagi arnab yang sakit, cacat atau sudah terlalu tua.
5)    Urusniaga ini hendaklah berlaku di dalam keadaan redha-meredhai, sebarang ketidakpuasan hati hendaklah diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Panduan ringkas penjagaan arnab:
1)      Arnab yang berpindah tuan dan suasana berpotensi mengalami “stress” seterusnya diarrhea (cirit) yang boleh mengakibatkan kematian. Anda dinasihatkan tidak menukar diet yang dibekalkan sehinggalah ia benar-benar selesa dengan suasana baru.
2)     Jangan beri makanan manusia kepada arnab anda kecuali buah-buahan dan sayur-sayuran (bersih dari sebarang racun perosak) dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Berikan Alfalfa Hay (sedikit sahaja) kepada arnab anda sebagai penambah selera selain dedak (pellet).
3)     Sekiranya anda ingin menukar jenama pellet, lakukan dengan beransur-ansur iaitu dengan mencampurkannya bersama pellet asal secara sedikit demi sedikit. Elakkan menukar pellet dengan kerap kerana arnab anda kebiasannya akan mogok.
4)  Tempatkan arnab anda di tempat yang selamat dari sebarang ancaman pemangsa seperti anjing, dan sebarang perkara yang mencemaskan / mengejutkan, contohnya bunyi yang terlalu bising dan lain-lain. Perkara ini juga boleh mengakibatkan stress dan kematian. Tempat yang terdedah kepada suhu panas atau sejuk juga perlu dielakkan. Secara mudah elakkan arnab anda menghentakkan kakinya dengan kasar dan bengis kerana itu adalah tanda ia berasa terancam.
5)     Pastikan kebersihan sangkar dengan sanitari yang baik. Makanan atau minuman yang bercampur dengan air kencing arnab boleh menyebabkan sakit dan kematian.
6)     Jangan mandikan arnab anda. Kesejukan boleh mengakibatkan kecacatan atau kematian. Sekiranya bulu arnab anda kotor, sapukan Hydrogen Peroxide (boleh didapati dari farmasi), nescaya bulu berkenaan akan mengeras dan gugur.
7)     Najis arnab perlu dipantau setiap hari. Sekiranya didapati cirit dan berbau busuk, sila lakukan perkara di bawah:
a)   Keluarkan semua makanan, gantikan dengan Timothy Hay sahaja.
b)   Keluarkan air, gantikan dengan ORS. Ukuran ORS adalah 1 cawan air, 2 sudu teh gula dan ¼ sudu teh garam. Suapkan juga ORS sebanyak 2ml menggunakan syringe selang beberapa jam.
c)   Semburkan air ke dubur arnab supaya bersih.
d)   Daun jambu batu yang dilayukan dan arang juga boleh diberi sebagai ubat.
e)   Apabila telah sembuh, pellet hendaklah diberi sedikit demi sedikit bagi menggantikan Timothy Hay.
8)     Sekiranya arnab-arnab anda diserang kurap atau hama, ubat yang dicadangkan adalah Itin Vet Oral Solution. Berikan ½ - 1ml selang 2 atau 3 hari. Pemberian sebanyak 3 kali kebiasannya memadai. Rawatan tradisional dengan menyapukan minyak zaitun pada kurap juga boleh dilakukan.
9)     Asingkan arnab anda apabila mereka telah dewasa (3 atau 4 bulan dan ke atas) bagi mengelakkan pergaduhan.
10)   Sediakan sepotong kayu lembut di dalam sangkar bagi membolehkan arnab anda mengasah gigi-giginya.
11)    Berikan makanan berserat tinggi bagi mengelakkan sindrom makan bulu. Boleh letakkan sabut sebagai alternatif. Bekalkan Timothy Hay tanpa had kepada arnab anda.
12)   Sediakan makanan, minuman, ubat-ubatan & vitamin yang mencukupi kepada arnab anda kerana ia adalah tanggungjawab anda. Penganiayaan terhadap haiwan adalah satu dosa yang sangat besar. Terima kasih.