Sebagai menyatakan komitmen dan tanggungjawab kami, maka kami pun merangka resit ini...(tertakluk kepada perubahan, mengikut komen org ramai...:))
Sila beri komen membina...TQ...:)
*kalu tak nampak. sila baca kat bawah ni...
Syarat-syarat (sila baca dengan teliti sebelum bayaran dibuat):
1) Arnab yang dijual berada dalam jaminan selama 1 bulan sahaja dari tarikh belian bagi masalah luar jangkaan yang biasa berlaku seperti kecacatan asal, masalah gigi dan seumpamanya.
2) Arnab yang dibeli telah dipastikan berada dalam keadaan sihat sewaktu dibeli. Memandangkan keadaan hidup arnab dipengaruhi persekitarannya, maka segala penyakit / kematian yang berlaku selepas dibeli adalah dibawah tanggungjawab pembeli.
3) Khidmat nasihat selepas pembelian disediakan sepanjang masa di facebook (Hamdi ArnabMarhaen).
4) Sekiranya pembeli sudah tidak mampu / tidak mahu menjaga arnab ini lagi, pembeli boleh memulangkannya kembali kepada kami dengan dibayar sebanyak ½ harga dari harga belian (bagi arnab yang sihat dan sempurna) dan tanpa bayaran bagi arnab yang sakit, cacat atau sudah terlalu tua.
5) Urusniaga ini hendaklah berlaku di dalam keadaan redha-meredhai, sebarang ketidakpuasan hati hendaklah diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Panduan ringkas penjagaan arnab:
1) Arnab yang berpindah tuan dan suasana berpotensi mengalami “stress” seterusnya diarrhea (cirit) yang boleh mengakibatkan kematian. Anda dinasihatkan tidak menukar diet yang dibekalkan sehinggalah ia benar-benar selesa dengan suasana baru.
2) Jangan beri makanan manusia kepada arnab anda kecuali buah-buahan dan sayur-sayuran (bersih dari sebarang racun perosak) dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Berikan Alfalfa Hay (sedikit sahaja) kepada arnab anda sebagai penambah selera selain dedak (pellet).
3) Sekiranya anda ingin menukar jenama pellet, lakukan dengan beransur-ansur iaitu dengan mencampurkannya bersama pellet asal secara sedikit demi sedikit. Elakkan menukar pellet dengan kerap kerana arnab anda kebiasannya akan mogok.
4) Tempatkan arnab anda di tempat yang selamat dari sebarang ancaman pemangsa seperti anjing, dan sebarang perkara yang mencemaskan / mengejutkan, contohnya bunyi yang terlalu bising dan lain-lain. Perkara ini juga boleh mengakibatkan stress dan kematian. Tempat yang terdedah kepada suhu panas atau sejuk juga perlu dielakkan. Secara mudah elakkan arnab anda menghentakkan kakinya dengan kasar dan bengis kerana itu adalah tanda ia berasa terancam.
5) Pastikan kebersihan sangkar dengan sanitari yang baik. Makanan atau minuman yang bercampur dengan air kencing arnab boleh menyebabkan sakit dan kematian.
6) Jangan mandikan arnab anda. Kesejukan boleh mengakibatkan kecacatan atau kematian. Sekiranya bulu arnab anda kotor, sapukan Hydrogen Peroxide (boleh didapati dari farmasi), nescaya bulu berkenaan akan mengeras dan gugur.
7) Najis arnab perlu dipantau setiap hari. Sekiranya didapati cirit dan berbau busuk, sila lakukan perkara di bawah:
a) Keluarkan semua makanan, gantikan dengan Timothy Hay sahaja.
b) Keluarkan air, gantikan dengan ORS. Ukuran ORS adalah 1 cawan air, 2 sudu teh gula dan ¼ sudu teh garam. Suapkan juga ORS sebanyak 2ml menggunakan syringe selang beberapa jam.
c) Semburkan air ke dubur arnab supaya bersih.
d) Daun jambu batu yang dilayukan dan arang juga boleh diberi sebagai ubat.
e) Apabila telah sembuh, pellet hendaklah diberi sedikit demi sedikit bagi menggantikan Timothy Hay.
8) Sekiranya arnab-arnab anda diserang kurap atau hama, ubat yang dicadangkan adalah Itin Vet Oral Solution. Berikan ½ - 1ml selang 2 atau 3 hari. Pemberian sebanyak 3 kali kebiasannya memadai. Rawatan tradisional dengan menyapukan minyak zaitun pada kurap juga boleh dilakukan.
9) Asingkan arnab anda apabila mereka telah dewasa (3 atau 4 bulan dan ke atas) bagi mengelakkan pergaduhan.
10) Sediakan sepotong kayu lembut di dalam sangkar bagi membolehkan arnab anda mengasah gigi-giginya.
11) Berikan makanan berserat tinggi bagi mengelakkan sindrom makan bulu. Boleh letakkan sabut sebagai alternatif. Bekalkan Timothy Hay tanpa had kepada arnab anda.
12) Sediakan makanan, minuman, ubat-ubatan & vitamin yang mencukupi kepada arnab anda kerana ia adalah tanggungjawab anda. Penganiayaan terhadap haiwan adalah satu dosa yang sangat besar. Terima kasih.
salam. saya baru nk belajar bela arnab ni. yg no 11 tu, bagi sabut. sabut kelapa ke?
ReplyDeleteye sabut kelapa...utk dia makan, asah gigi & bermain-main...
ReplyDeleteSaya baru baca di sini..APA nak buat kalau Gigi bawah dah panjang?
ReplyDelete