Monday, May 30, 2011

Iklan Peringkat Pertama...

Ini adalah iklan peringkat pertama sebelum diiklan di mudah...

Assalamualaikum w.b.t.
Di bawah ini adalah arnab-arnab yang hendak dijual (dengan penuh kasih sayang terhadap arnab). Jadi, pembeli yang serius dan menyayangi arnab, silalah risik arnab-arnab di bawah...:)

1) Anak Netherland Dwarf
SOLD!!!
ND, Doe, Umur hampir 2 bulan (D.O.B.: 5 April 2011)
Anak Michael & Kembang (lihat tepi)
*telinga tu time kecik mmg camtu..ramalkan, tgk mak dan bapak...

2) Seekor Angora Mix Matang
Dah kena jual..huhu...
Angora Mix, Doe, Umur 5 bulan, beli dari org.

3) Seekor arnab kacukan matang
Dah kena jual jugak...
Arnab Kacuk, Proven Doe, Umur 8 bulan. Beli dari petshop
(dibela sejak kecil oleh kami bermula 15 Oktober 2010)
*Baru beranak sekali. Sudah boleh dikahwinkan semula.
*Ibu yg sgt cemerlang. Yang ni tiada jaminan sbb ikut cara tuan2 bela jugak.

4) Seekor Netherland Dwarf Matang. Diego akan menjadi pejantan kami. Michael akan dilepaskan untuk menyumbang benih di tempat lain pulak. Rabbitry kecil kami tak mampu menampung jantan banyak-banyak..:)
Jual kpd Cikgu Munir...tq
ND, Proven Buck, Umur xpasti, mgkin 1 tahun lebih
(dibela oleh kami bermula 9 Disember 2010)
*telah banyak kali membuntingkan induk-induk betina kami.

Cara pembelian:
-sila SMS/call ke 013-6696748 (En. Hamdi).

-better SMS sebab time korang call tu ade saje urusan kami yang sibuk ni...:)
-untuk belian, sila datang area berdekatan Bandar Menjalara, Kepong, kita jumpe dkat2 situ.
-waktu urusniaga, Sabtu Ahad anytime, Isnin hingga Jumaat malam je...cuti umum anytime...

-tiada penghantaran kecuali kawasan berdekatan kepada pembeli yg betul2 diyakini...
-tiada lawatan rabbitry.

-sebelum beli tu, sila baca dulu post yang bertajuk RESIT...?!
-Terima Kasih.

Wednesday, May 25, 2011

Resit...?!

Assalamualaikum....
Sebagai menyatakan komitmen dan tanggungjawab kami, maka kami pun merangka resit ini...(tertakluk kepada perubahan, mengikut komen org ramai...:))

Sila beri komen membina...TQ...:)
*kalu tak nampak. sila baca kat bawah ni...

Syarat-syarat (sila baca dengan teliti sebelum bayaran dibuat):
1)    Arnab yang dijual berada dalam jaminan selama 1 bulan sahaja dari tarikh belian bagi masalah  luar jangkaan yang biasa berlaku seperti kecacatan asal, masalah gigi dan seumpamanya.
2)    Arnab yang dibeli telah dipastikan berada dalam keadaan sihat sewaktu dibeli. Memandangkan keadaan hidup arnab dipengaruhi persekitarannya, maka segala penyakit / kematian yang berlaku selepas dibeli adalah dibawah tanggungjawab pembeli.
3)    Khidmat nasihat selepas pembelian disediakan sepanjang masa di facebook (Hamdi ArnabMarhaen).
4)    Sekiranya pembeli sudah tidak mampu / tidak mahu menjaga arnab ini lagi, pembeli boleh memulangkannya kembali kepada kami dengan dibayar sebanyak ½ harga dari harga belian (bagi arnab yang sihat dan sempurna) dan tanpa bayaran bagi arnab yang sakit, cacat atau sudah terlalu tua.
5)    Urusniaga ini hendaklah berlaku di dalam keadaan redha-meredhai, sebarang ketidakpuasan hati hendaklah diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Panduan ringkas penjagaan arnab:
1)      Arnab yang berpindah tuan dan suasana berpotensi mengalami “stress” seterusnya diarrhea (cirit) yang boleh mengakibatkan kematian. Anda dinasihatkan tidak menukar diet yang dibekalkan sehinggalah ia benar-benar selesa dengan suasana baru.
2)     Jangan beri makanan manusia kepada arnab anda kecuali buah-buahan dan sayur-sayuran (bersih dari sebarang racun perosak) dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Berikan Alfalfa Hay (sedikit sahaja) kepada arnab anda sebagai penambah selera selain dedak (pellet).
3)     Sekiranya anda ingin menukar jenama pellet, lakukan dengan beransur-ansur iaitu dengan mencampurkannya bersama pellet asal secara sedikit demi sedikit. Elakkan menukar pellet dengan kerap kerana arnab anda kebiasannya akan mogok.
4)  Tempatkan arnab anda di tempat yang selamat dari sebarang ancaman pemangsa seperti anjing, dan sebarang perkara yang mencemaskan / mengejutkan, contohnya bunyi yang terlalu bising dan lain-lain. Perkara ini juga boleh mengakibatkan stress dan kematian. Tempat yang terdedah kepada suhu panas atau sejuk juga perlu dielakkan. Secara mudah elakkan arnab anda menghentakkan kakinya dengan kasar dan bengis kerana itu adalah tanda ia berasa terancam.
5)     Pastikan kebersihan sangkar dengan sanitari yang baik. Makanan atau minuman yang bercampur dengan air kencing arnab boleh menyebabkan sakit dan kematian.
6)     Jangan mandikan arnab anda. Kesejukan boleh mengakibatkan kecacatan atau kematian. Sekiranya bulu arnab anda kotor, sapukan Hydrogen Peroxide (boleh didapati dari farmasi), nescaya bulu berkenaan akan mengeras dan gugur.
7)     Najis arnab perlu dipantau setiap hari. Sekiranya didapati cirit dan berbau busuk, sila lakukan perkara di bawah:
a)   Keluarkan semua makanan, gantikan dengan Timothy Hay sahaja.
b)   Keluarkan air, gantikan dengan ORS. Ukuran ORS adalah 1 cawan air, 2 sudu teh gula dan ¼ sudu teh garam. Suapkan juga ORS sebanyak 2ml menggunakan syringe selang beberapa jam.
c)   Semburkan air ke dubur arnab supaya bersih.
d)   Daun jambu batu yang dilayukan dan arang juga boleh diberi sebagai ubat.
e)   Apabila telah sembuh, pellet hendaklah diberi sedikit demi sedikit bagi menggantikan Timothy Hay.
8)     Sekiranya arnab-arnab anda diserang kurap atau hama, ubat yang dicadangkan adalah Itin Vet Oral Solution. Berikan ½ - 1ml selang 2 atau 3 hari. Pemberian sebanyak 3 kali kebiasannya memadai. Rawatan tradisional dengan menyapukan minyak zaitun pada kurap juga boleh dilakukan.
9)     Asingkan arnab anda apabila mereka telah dewasa (3 atau 4 bulan dan ke atas) bagi mengelakkan pergaduhan.
10)   Sediakan sepotong kayu lembut di dalam sangkar bagi membolehkan arnab anda mengasah gigi-giginya.
11)    Berikan makanan berserat tinggi bagi mengelakkan sindrom makan bulu. Boleh letakkan sabut sebagai alternatif. Bekalkan Timothy Hay tanpa had kepada arnab anda.
12)   Sediakan makanan, minuman, ubat-ubatan & vitamin yang mencukupi kepada arnab anda kerana ia adalah tanggungjawab anda. Penganiayaan terhadap haiwan adalah satu dosa yang sangat besar. Terima kasih.

Tuesday, May 17, 2011

Tuan arnab yg baik-baik belaka...

Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang musim arnab diserang penyakit...dalam kesibukan melayan kerenah ini, tuan arnab pun sakit juge...selsema, tak sedap badan dan sakit tekak...Alhamdulillah, tu tandanya Allah masih memandang kita yg hina dina dgn kemalasan beribadah ini...

Tinggalkan topik di atas, kali ini kami nak cerita tentang tuan-tuan arnab yang pernah kami berurusan dengan mereka, sehinggalah lengkapnya semua pencarian arnab-arnab kami. Lengkap? Ya, rabbitry kami kecik saje...jadi buat masa ini, ini sahajalah yang mampu dimuatkan...kalu perancangan menjadi, tahun depan baru sambung pencarian lg...(lari topik lagi...ape daa...)

Berikut adalah tuan-tuan arnab yg pernah kami jumpa...:
1) En. Faisal Arnab Tadika (blog arnab tadika)
2) Fayuma, Jitra (blog fayuma)
3) En. Man, Selayang (xde blog)
4) Cik Huda, PJ (xde blog kot)
5) En. Rofi, Putrajaya (xde blog)
6) En. Fazil, Sg Buloh (FB Holland Lop)
6) En. Charles, Petshop Damansara Damai
7) En. Mat Piza (blog arnab kecil arnab besar)*xpasti le ade jual pizza ke x...hehe
8) Kalau ade yg terlupe, mintak mahap bebanyak...

Jadi, ape hal dgn diorg kat atas nih? Takde apela sgt..cuma diorg nih BAIK yg teramat sgt...bahasa-bahasa yang digunakan sumenye SOPAN belaka...betullah kata guru kami, org yang kasihkan binatang, InsyaAllah akan mengasihi sesama manusia...diorg kt atas inilah yg menyebabkan kami bertambah jatuh cinta dgn hobi ini. Bersesuaian sekali dengan maksud kami, arnab-pengubat-jiwa...tak perlu tension2...

Begitu juga dgn kami, sesungguhnya apa yg kami sdg lakukan ini hanyalah hobi, yg menterbalikkan modal, dan untung sesikit saje...bukannya utk menjadi kaye-raye hasil jual diorg nih...justeru kami tidak suke org yg berbahasa kasar dan mendesak dalam urusan jual beli makhluk Allah yg istimewa bernama arnab ini...Sekian...

Copp, lum habis lagi...ade sikit lagi...Nak tunjuk gambar arnab kami yg baru...hehe

Standard Rex, Jr. Buck, Himalayan (patutnya hitam, tp kene clorox kot, hehe).
Standard Rex, Jr. Doe. Castor.
Ok...Wassalam...nak gi skolah, sambung keja...

Sunday, May 8, 2011

Angora Mix Untuk Dijual

Assalamualaikum...
Semalam, masa bagi diorg ni makan, kelihatan Jamil dok diam je...lalu try angkat...maka terkejutlah kami melihat kakinya satu dah lembik...mgkin inilah yg dinamakan lumpuh atau splay leg...agak menghairankan sbb berlaku pd usianya 7 bulan, dan beberapa kali telah membuntingkan arnab2 kacuk2 kami...namun apakan daya, dh nasib si Jamil...mgkin inilah untungnya bela arnab (binatang yg boleh dimakan) berbanding binatang2 lain yg xboleh dimakan...
Dengan perkara yang terjadi ini, kebetulan sangkar pun dah sesak...maka kami pun ingin mengakhiri baka angora mix...jadi sesiapa yang berminat, bolehlah bgtau...

Untuk dijual:
1) Milah (Angora mix betina umur 4 bulan lebih, RM70)
SOLD!

2) Hudoh (Angora Mix betina umur 4 bulan lebih, RM60)
Gambar lama. Ini pandangan atas, arnab mgkin berbeza dilihat dr depan...
Gambar terkini.
*Keadaan: Sihat, belum pernah sakit ape2...cuma bulu diorg skrg ni pendek sket sbb makan sesama sendiri (spt gambar terkini)...baru pisahkan seminggu, tak lama lagi elok baliklah tu...tgk dulu, xjadi xpe...

Cara pembelian:
-sila SMS 013-6696748 (En. Hamdi). better sms sbb takut tgh mengajar atau ada urusan.
-penghantaran utk kawasan berhampiran bolehla mcm Selayang, Gombak, TTDI, Damansara Damai dan Sungai Buloh dengan charge RM10.
-ambil sendiri, sila datang area Kepong atau Masjid Menjalara (kubah kuning, boleh nmpak dari MRR2), kita jumpe dkat2 situ.
-waktu urusniaga, Sabtu Ahad anytime, Isnin-Jumaat malam je...cuti umum anytime...
-tiada lawatan rabbitry.
-Terima Kasih.

Thursday, May 5, 2011

How to palpate??

Assalamualaikum w.b.t...
Dah beberapa bulan terlibat dengan dunia arnab, antara benda paling best adalah apabila arnab kita beranak. Jadi memalpate (tak lulus tatabahasa Melayu) merupakan satu aktiviti yang sgt menyeronokkan...:) Walaupun pakar memalpate pd minggu kedua, sedangkan kami hanya mampu memalpate pd minggu ketiga, walaupun pakar dapat palpate dgn tepat jumlah fetus yg ade, sedangkan kami hanya mampu palpate asal ada je, yg penting ia sangat menyeronokkan...:)
Camne nak belajar palpate? Senang je...sekarang kan zaman IT...youtube ade segala2nye...salah satu video yang kami jumpe ada kat bawah...enjoy...layan atuk kat bawah ni punye pengajaran dan pembelajaran...:)


Sunday, May 1, 2011

Mencari Standard Rex Betina

Assalamualaikum w.b.t.
Sesape nak jual arnab Standard Rex betina, offer kat kami ye...Tgk iklan kat mudah.com asyik xsempat je...boleh tag gambar kat facebook kami...atau call/sms 013-6696748 dan nyatakan harga, umur dan warna...tq.

Gambar hiasan semata...