Tuesday, December 14, 2010

Bermulanya Sebuah "Pengembaraan"...

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya, setelah berbulan-bulan dilanda "demam arnab" akhirnya aku berjaya jugak buat blog nih. Nak buat awal2, arnab pun xde...Jadi sekarang dah ada dua tiga ekor, barulah boleh cerita dlm blog...

Inilah rumah tempat lahir aku. Aku bahagia membesar di sini.

Asal usul aku dari Kampung Masjid Batu Belacan, Bukit Selambau, Sungai Petani. Masa kecik2 dulu, aku memang sukakan binatang. Banyak pernah bela; antaranya ayam, itik, burung, puyuh, dan semestinya arnab...Tapi bila berhijrah dari ke kampung ke bandaraya KL nih sbb belajar dan bekerja, semua hobi tu dah bertukar...Dari bela binatang, aku sibuk pulak dengan komputer dan asyik tengok movie je...

Tapi, last sekali aku naik fedup juge...dah namanya org kampung, mmg susah nak masuk hobi org kaya2 nih...ditambah lagi dengan stressnya hidup di KL nih dan mungkin juga stress kerja, maka aku pun mulala balik ke perangai lama aku...hehe...habis semua blog-blog arnab orang aku selongkar tengok...

Byk sungguh maklumat yg aku dapat dalam pencarian aku. Respek habis kpd pemilik2 blog dan otai2 arnab spt fayuma, shamza agro product, arnab_tadika, arnabkiut, newhillz, d.e.h.a.n.2, KAA, dll. Anda semua mmg pemurah ilmu. Moga Allah s.w.t. memberikan ganjaran berlipat ganda kpd anda...aminn...

Skrg aku dh ade dua tiga ekor arnab. Teori dh byk yang tau, praktikal belum lagi, byk lagi kena belajar...Harap aku berjaya, dengan bantuan info dari otai2 semua...Cita2 bukan nak jadi tokey arnab pun sbb aku sibuk bekerja, cuma mencari hobi yang bermanfaat bukan sahaja dr segi material tp juga dari segi emosi. Disamping itu, bela binatang secomel arnab, aku yakin dpt mengubat jiwa yg slalu tertekan mcm aku nih...:D

Ni bukan aku yg punya. Arnab2 kacuk ni aku hadiahkan kepada Bapa Mertua aku di Perak. Dok tengok arnab hari2, mudah2an kuranglah sikit stroke die. Reban ni aku yg buat guna bahan2 terbuang. Masalah reban ni adalah saluran najis bagi tingkat atas. Maklumlah takde bajet nak beli kayu..hehe...

*Satu fakta menarik; Sepanjang aku mengacau tuan2 punya arnab seluruh smenanjung nih, aku dapati semua org2 nih sungguh baik...semuanya penyayang2, sabar, hormati org, tak kedekut ilmu dan sempoi...aku harap dpt jadi mcm diorg...:D
[Kecuali ada la jugak yg pikir duit je & xhormati arnab sbg makhluk Allah...minta dijauhkan, aminn..]

2 comments: