Rasanya ini post terakhir untuk cuti sekolah ini. Selepas ini, jika ada berita menarik sahaja kami akan tulis...
Pertamanya kami ucapkan terima kasih kerana ramai jugak yg baca posting lepas, walaupun posting lepas sebenarnya ditujukan utk peminat2 baru yg seangkatan dgn kami sahaja. Ada yg memberikan pandangan positif, ada yg menganggap kami cuba menghiburkan diri kami atas ketidakpastian kami akan identiti arnab2 kami sama ada pure bred atau tidak. Yang memberikan komen, sama ada positif atau negatif, terima kasih kami ucapkan...
Berkenaan komen mengenai status arnab kami, kami tidak kisah akan diri kami, cumanya ianya mungkin memberikan kesan buruk kepada sumber2 arnab kami yg juga merupakan guru2 kami. Justeru, demi mengelakkan perkara2 tidak diingini, kami terpaksa memadam nama2 sumber arnab2 kami.
Gua hanya senyum kambing je... |
Berikut pandangan kami yg kurang ilmu mengenai baka asli (juga ditujukan kpd peminat2 baru):
Kategori 1:
Dibiakkan oleh breeder beretika yg jaga bloodline...yg ada pedigree...ape2 lagilah...
Kategori 2:
Dibiakkan oleh penternak kecil2an yg berdisiplin, yg menjaga keaslian baka walaupun org lain nk kata tak orila, thailand la, indon la...yg ni mmg takde pedigree, tapi atas dasar kepercayaan dan hormat-menghormati...diorg pun tak pernah guna istilah "pure bred"...kategori inilah yg kami ingin sertai, krn disinilah letaknya guru2 kami yg kami hormati...:)
Namun begitu, kami ttp menghormati breeder kategori 1 atas kesungguhan anda. Lantaran itu, marilah kita saling hormat2 menghormati demi kebajikan arnab2 di seluruh dunia...
Sekian dulu...gua nak ngajar budak, nak jaga arnab...mudah2an semuanya dipermudahkan-Nya~
Wassalam. Jumpa lagi...:)